TENTANG KAMI




Assalamualaikum dan selamat sejahtera  di ucapkan kepada para pengunjung blog HANAFILINKS.Sebelum saya menulis lebih lanjut, ingin saya memberitahu kepada para pengunjung semua bahawa syarikat kami telah ditubuhkan pada tahun 2014. Perkhidmatan utama syarikat kami adalah menyewakan lori bagi tujuan mengangkut barang dan lain-lain.

Bagi jentera yang kami gunakan pula bagi tujuan sewaan adalah :
1) Sebuah 4x 4
2) Sebuah lori 1tan
3) Sebuah lori 3 tan
4) Sebuah lori 5 tan
5) Sebuah lori 7 tan





Kami mempunyai pekerja seramai 15 orang untuk melancarkan tugasan yang kami dapat.Oleh sebab yang demikian kami sangat yakin bahawa semua kerja-kerja yang diamanahkan kepada kami akan dapat kami jayakan dengan cemerlang.

Selain dari itu, syarikat kami ada mengusahakan cabang perniagaan lain.Kami memilih bidang ternakan lembu dan ternakan kambing sebagai langkah permulaan untuk berkecimpung dalam bidang tersebut.Ini adalah kerana kami rasakan yang permintaan ruminan masa kini adalah sangat-sangat menggalakkan.



Setelah bidang penternakan kami ceburi, rasanya kami mungkin akan dapat melebarkan lagi cabang perniagaan kami dengan menubuhkan perniagaan makanan lembu dan kambing.Datangnya idea ini adalah kerana , sebagai penternak haiwan kami selalu dibebani masalah mendapatkan stok makanan yang sentiasa tidak mencukupi.Permulaannya daripada membekalkan makanan untuk ternakkan sendiri, sekarang telah menjadi satu perniagaan yang baru membekalkan kepada penternak- penternak yang lain pula.

Dengan sedikit info yang kami berikan ini, kami berharap agar pengunjung2 blog kami ini dapatlah menyokong perniagaan dan syarikat kami.Insyaallah kami berjanji akan komited dengan kerja kami dan akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda semua.




















No comments:

Post a Comment